Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Bharu - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Bharu

Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Bharu

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembok pagar Masjid Warisan Al-Hidayah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu, Selangor diconteng dengan perkataan menghina Islam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi Sabtu.

“Kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengeluarkan perkataan, bunyi, isyarat dan sebagainya berniat hendak melukakan perasaan keagamaan seseorang.

“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya..

Ekoran itu tular di laman media sosial gambar tembok sebuah masjid di Kuala Kubu Bharu diconteng.

Pihak masjid berkenaan sudah mengecat semula tembok itu dan membuat laporan polis.- 11/5/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *