Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang di Pulau Pinang… - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang di Pulau Pinang…

Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang di Pulau Pinang…

Ketika kejadian pokok tumbang yang akibatkan seorang maut dan 17 kenderaan rosak masa hujan lebat dan angin kencang di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur pada 7 Mei masih segar dalam ingatan…pagi Ahad lima kenderaan
rosak ditimpa pokok tumbang di Pulau Pinang pula.

Kejadian jam 10 pagi itu berlaku di hadapan Hospital Pulau Pinang, Jalan Macalister, susulan hujan lebat sejak awal pagi.

Dalam kejadian itu dua batang pokok besar dipercayai berusia puluhan tahun, menimpa lima buah kereta yang diletakkan di hadapan Hospital itu.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, Nazril Hisyam Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.01 pagi.

“Pokok tumbang itu mengenai lima kenderaan dan pagar di bangunan itu turut mengalami kerosakan,” katanya.- 11/5/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *