Pang Sock Tao menang…undi PH dan PN tak lari jauh dari pilihanraya negeri Ogos 2023

Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kedudukannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kawasan Kuala Kubu Bharu selepas calon DAP, Pang Sock Tao yang mewakili gabungan itu berjaya menewaskan tiga calon lain
dalam pilihanraya kecil pada Sabtu.
Tiga calon lain ialah Khairul Azhari Saut dari Perikatan Nasional (PN), Hafizah Zainuddin Parti Rakyat Malaysia dan Nyau Ke Xin Bebas.
Walaupun saingan empat penjuru namun tumpuan pilihanraya kecil ini ialah antara PH dan PN.
Pang Sock Tao dapat 14,000 undi.
Majoriti kemenangan beliau ialah 3,869 undi.
Khairul Azhari Saut dapat 10,131 undi.
Hafizah Zainudin 152 undi dan Nyau Ke Xin 188 undi.Mereka hilang wang deposit.
Bagi PH dan PN keputusan pilihanraya kecil ini tidak lari jauh dari keputusan pilihanraya negeri pada Ogos 2023.
Pada pilihanraya itu bekas wakil rakyat PH juga dari DAP mendiang Lee Kee Hiong dapat 14,862 undi manakala calon PN Teoh Kien Hong dapat 10,743 undi.
Majoriti Lee Hiong Kee ketika itu ialah 4,119.
Jumlah layak mengundi untuk pilihanraya kecil ini ialah 39,269 manakala peratusan keluar mengundi ialah 61.5
Kemenangan di DUN Kuala Kubu Bharu yang diraih oleh Pang Sock Tao ini juga mengekalkan kiraan 3 PN dan 1 PH.
Kini dari empat kawasan pilihanraya yakni kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh PN.Begitu juga kerusi DUN Batang Kali dan Hulu Bernam.- 11/5/2024