YANG VIRAL

PM dalam lawatan rasmi di Qatar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.

Sepanjang lawatan rasmi ini juga, beliau akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar disamping meluncurkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha.

Anwar juga dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan di sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar. – 13/5/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button