TAHUKAH ANDA

Dr Zambry kata tidak timbul soal UiTM nak buka kemasukan kepada pelajar bukan bumiputra…

Gara gara Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UiTM menggerakkan kempen bagi membantah kemasukan pelajar bukan Bumiputera sejak semalam Selasa…Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Rabu tampil dengan
satu kenyataan.

Hairan juga kenapa ia boleh melarat sampai begitu sedangkan menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat kementerian mahupun Kabinet.

Menerusi kenyataan itu beliau berkata, isu tersebut ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM.

Sekali gus katanya, ia menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera,” katanya..

Zambry berkata, KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam menggerakkan kempen bagi membantah kemasukan pelajar bukan Bumiputera UiTM bermula Selasa jurucakap MPP UiTM berkata, semua penuntut diseru mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai tanda bantahan.

Menurut beliau, MPP akan membantah apa sahaja keputusan biarpun cadangan itu hanya melibatkan program pascasiswazah.

Sebelum ini Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-Institut Jantung Negara (IJN), Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar dilaporkan mencadangkan membuka program itu kepada bukan Bumiputera bagi tempoh sementara.

Beliau berkata cadangan itu bagi menangani masalah kekurangan pakar dalam bidang kardiovaskular. – 15/5/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button