Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bayan Lepas,Pulau Pinang Datuk Azrul Mahathir Aziz telah bergegas turun padang pada Rabu malam untuk siasat sendiri isu viral resit Domino Pizza cawangan Sungai Ara yang tertera kata kata menghina Islam.
Menerusi laman facebooknya ADUN PH N38 Bayan Lepas pada Rabu malam wakil rakyat itu kata beliau telah pergi sendiri ke premis Domino berkenaan untuk dapatkan penjelasan dari penyelianya.
Menurut Azrul beliau dapati timbul salah faham mengenai isu berkenaan.
Kata kata hina Islam yang tertera itu bukan dijana oleh pihak Domino sebaliknya oleh pihak luar yang salahguna ruangan ‘remark’.
“Ramai yang salah faham seperti saya juga pada awalnya yang menyangkakan resit berkenaan dijana oleh cashier Domino.
“Sebenarnya resit yang di viralkan itu adalah resit order secara online dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh ‘pemprovokasi’ tersebut,”kata Azrul.
Beliau juga lampirkan resit yang dipesan oleh pembeli secara online yang lain sebagai rujukan dan perbandingan dalam gambar di bawah.
Kata Azrul pihak pengurusan Domino juga telah membuat satu laporan polis akan hal berkenaan.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH AZRUL DI LAMAN FACEBOOK BELIAU MENGENAI ISU BERKENAAN.
Isu viral resit Domino Pizza Sg Ara berkaitan ‘remark’ yang menghina Islam.
Saya telah ke premis Domino berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berkenaan.
Saya juga telah ke Balai Polis Teluk Kumbar dan dapatkan penjelasan daripada penyelia cawangan berkenaan dan hadir juga pengurus Domino Kawasan Utara En Mohd Shukri bin Salem.
Ramai yang salah faham seperti saya juga pada awalnya yang menyangkakan resit berkenaan dijana oleh cashier Domino.
Sebenarnya resit yang di viralkan itu adalah resit order secara online dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh ‘pemprovokasi’ tersebut.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat yang sensitif akan isu ini serta membuat laporan polis.
Pihak pengurusan Domino juga telah membuat satu laporan polis akan hal berkenaan.
Saya harap agar pihak yang cuba lakukan provokasi 3 R ini segera ditangkap.
Pihak Polis telah buka kertas siasatan 298/14.
Saya juga berharap agar masyarakat juga kekal tenang dan tidak termakan dengan provakasi ini.Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikan.InsyaAllah.
Saya juga lampirkan resit yang dipesan oleh pembeli secara online yang lain sebagai rujukan dan perbandingan dalam gambar di bawah. – 15/5/2024