KEMASKINI : Beres 24 jam…sekalipun asalnya Dr Akmal janji nak beli dalam seminggu

Macam silap mata…asalnya Exco Kerajaan Negeri Melaka Dr Akmal Saleh janji nak beli meja kerusi untuk kelas sebuah sekolah agama di negeri itu dalam masa seminggu namun dalam tempoh 24 jam barang itu sudah sampai.
Jadi selesai masalah pelajar kelas itu yang hampir setahun terpaksa belajar duduk atas lantai.
Pada Khamis bila 36 pasang kerusi meja itu sampai ia di susun rapi dalam kes berkenaan dengan bantuan murid dan guru sekolah itu.
Semalam Rabu,Dr Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia naik berang bila dapati meja kerusi itu belum dibeli sekalipun wang peruntukkan sudah masuk hujung Disember lalu.

Beliau menegur keras penyelia berkenaan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang katanya kerja sambil lewa tidak bereskan segera hal itu.
Dr Akmal beli meja kerusi itu guna peruntukkan beliau sendiri.
Ini gara gara beliau hilang sabar mendengar cakap penyelia itu bahawa meja kerusi itu hanya boleh dibeli dalam tempoh tiga bulan lagi.
Mengenai kerusi meja yang penyelia JAIM kata akan dibeli dalam tempoh tiga bulan lagi beliau serah kepada budibaca sekolah untuk ditempatkan di mana mama kelas yang memerlukan nanti.
Insiden ini menjadi viral di media sosial sejak semalam dan ramai yang memuji langkah pro aktif Dr Akmal sebagai wakil rakyat turun padang selesaikan segera masalah ini.- 16/5/2024
Steady YB…Dr Akmal ‘meletop’ kes lapan bulan proses nak beli meja kerusi di sekolah agama
Ketika berita ini ditulis 11 pagi Khamis sudah 169,000 orang tonton, 3,300 komen,lebih 1,100 share dan 11,000 like video Dr Akmal Saleh ‘meletop’ naik angin dan belasah seorang yang dipercayai penyelia sebuah sekolah agama di Melaka.

Ini gara gara penyelia itu lambat sangat uruskan pembelian kerusi dan meja pelajar hingga mereka terpaksa belajar duduk atas lantai hampir lima bulan.
Rata rata mereka yang komen menyokong tindakan tegas Exco Kerajaan Negeri Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau itu menegur keras penyelia itu dalam video bertajuk ‘Birokrasi yang menyeksa rakyat’
Ia bermula sewaktu beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia datang ke sekolah itu untuk meninjau keadaan pelajar yang terpaksa belajar dengan duduk atas lantai kerana meja dan kerusi belum dibeli.
Sebaliknya peruntukkan kewangan untuk pembelian sudah masuk sejak hujung Disember 2023.
VIDEO BOLEH DITONTON DI :
https://www.facebook.com/m.akmalsaleh/videos/408439882082748
Kata Dr Akmal buat apa ini sampai lima bulan tidak selesai.
Wakil rakyat itu jelas marah bila penyelia sekolah agama itu beri macam macam alasan kenapa kerusi dan meja belum dibeli.
Beliau menilai penyelia itu kerja sambil lewa hinggakan berapa jumlah peruntukkan sebenar untuk pembelian pun tidak tahu.
“Duit dah ada…kalau duit tak ada tak pe saya faham,”kata Akmal sambil beritahu beliau terima banyak aduan mengenai hal ini.
Dr Akmal kemudian telefon seorang pegawai kerajaan negeri yang berkenaan bertanya pasal peruntukkan di depan penyelian berkenaan.
Pegawai itu sendiri hairan kenapa belum beres kerana peruntukkan sudah diberi.
Akmal terus menegur lagi penyelia itu agar tidak kerja sambil lewa hingga anak anak murid hadapi masalah.
Katanya beliau dan penyelia berkenaan sebagai penjawat awam sepatutnya berkhidmat untuk rakyat.
Ditanya lagi pada penyelia itu berapa lama lagi dijangka baru boleh selesai…bayangkan jawapan beliau terima…penyelia itu cakap lagi tiga bulan.
Maka ini bermakna sudah jadi lapan bulan lamanya…cuma proses untuk beli meja dan bangku sekolah saja sedangkan duit peruntukkan sudah lama dapat.
Dr Akmal yang kelihatan hilang sabar terus beritahu penyelia berkenaan beliau tidak mahu dengar lagi sebarang alasan.
Sebagai jalan segera selesaikan masalah itu beliau terus beritahu hendak keluarkan peruntukkan sendiri untuk beli meja dan kerusi yang diperlukan itu pada minggu depan.
Keadaan jadi bertambah panas bila penyelia itu ‘menjawab’ semasa Akmal kata pegawai yang lembab buat kerja harus ditukar.
Penyelia berkenaan selamba kata jika begitu dia nak balik.
Maka Dr Akmal dengan suara yang tinggi cakap “kalau tak boleh kerja dengan rakyat Melaka…balikkkkkk.” – 16/5/2024