YANG VIRAL

Lelaki bertopeng serang balai polis Ulu Tiram…motif nak rampas senjata

Tandatanya siapa lelaki bertopeng yang serang balai polis Ulu Tiram di Johor dalam insiden bermula sekitar 2.30 pagi Jumaat akibatkan dua anggota polis terbunuh dan seorang cedera…terjawab.

Motif lelaki yang turut mati ditembak dalam kejadian berkenaan dipercayai datang ke balai polis berkenaan untuk merampas senjata api bagi agenda tertentu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang turun melawat tempat kejadian kata suspek berusia 21 tahun itu.

Dua anggota berpangkat Konstabel yang terbunuh ialah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.

Mereka bertugas sebagai anggota polis baru dua tahun dan masih bujang.

Razarudin kata lelaki yang serang itu telah membuat persiapan rapi sebelum bertempur dengan anggotanya di situ.

Katanya pemeriksaan ke atasnya mendapati terdapat sebuah beg yang digunakan sebagai perisai telah diubah suai dengan zink dan kain.

Menurut beliau suspek yang bertopeng, berpakaian gelap dan bersenjatakan parang berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.

Razarudin beritahu polis kemudian menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan.

Lima ahli keluarga suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka berusia antara 15 tahun hingga 62 tahun,” katanya.

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Polis juga telah menahan dua pelajar – seorang lelaki berumur 22 dan seorang perempuan berumur 21 – yang datang ke balai polis berkenaan tidak lama sebelum serangan bermula.

Menurut Razarudin, pelajar terbabit datang ke balai itu atas alasan untuk mendapatkan nasihat polis mengenai serangan seksual yang mereka dakwa berlaku kira-kira dua tahun lalu.

Ketika kedua-duanya membuat laporan, penyerang memasuki balai itu dengan menaiki motosikal dan meletakkan kenderaannya di kawasan belakang balai berkenaan.

Razarudin berkata polis mengesyaki pelajar terbabit mempunyai kaitan dengan penyerang, memandangkan tidak munasabah untuk mereka datang ke balai pada masa tersebut bagi melaporkan kejadian yang berlaku dua tahun lalu.

Razarudin berkata, pihaknya telah mengenal pasti lebih 20 ahli Jemaah Islamiyah di kawasan Johor.

Dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital sama.

Sewaktu kejadian suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.

Dia kemudian melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang menyebabkan kecederaan pada bahu serta perut dan seorang lagi anggota ditetak pada belakang leher dan kepala.

Jemaah Islamiyah (JI) adalah sebuah organisasi pelampau yang ditubuhkan pada awal 1990-an untuk membentuk ‘negara Islam’ meliputi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan selatan Filipina.

Organisasi yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda ini diasaskan pada 1993 oleh Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar, yang berasal dari Indonesia.

BERIKUT IALAH KRONOLOJI KEJADIAN :

● 2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

● 2.35-2.54 pagi: Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

● Seorang anggota polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi diserang dan ditetak mati oleh suspek. Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

● Dua anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.

● 2.54 pagi: Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

● Dua pelajar itu ditahan bagi siasatan lanjut pembabitan mereka dengan serangan itu.

● 6 pagi – polis menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan. Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek berusia antara 19 tahun hingga 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.- 17/5/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button