Bersatu mulakan langkah rasmi kosongkan kerusi tujuh wakil rakyat yang paling tadah…

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi telah ambil langkah pertama bertindak keatas enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu yang berpaling tadah menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini adalah proses bagi mengosongkan kerusi wakil rakyat berkenaan untuk bolehkan pilihanraya kecil diadakan jika tujuh mereka yang berkenaan kekal dengan pendirian masing masing.
Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin menepati janjinya untuk memulakan langkah bekenaan selepas selesai pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei baru ini.
Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat Perikatan Nasional di Kuala Lumpur beliau memberitahu hari ini, Jumaat parti telah menghantar surat yang perlu dijawab dalam tempoh 14 hari.
Katanya kegagalan wakil rakyat berkenan mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan arahan dalam tempoh 14 hari dari tarikh arahan tersebut iaitu hari ini akan menyebabkan keahlian mereka terhenti dengan serta-merta mengikut Fasa 10.4 Perlembagaan Bersatu.
Menurut Hamzah surat arahan itu diberikan kepada semua Ahli Parlimen Bersatu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Namun katanya, arahan khusus diberikan kepada enam Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah menyokong kerajaan pimpinan Anwar.
Dalam pada itu, Hamzah menjelaskan, kepimpinan parti telah membuat ketetapan bahawa tidak menyokong atau menyertai kerajaan yang diterajui oleh Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Pertama mesti mematuhinya, kedua mematuhi arahan pimpinan dan Ketua WHIP, ketiga memastikan bahawa mereka akan mengumumkan tidak menyokong kerajaan hari ini, memastikan mereka tidak memberikan sokongan dalam apa jua cara pun.
“Banyak lagi yang kita telah berikan, iaitu kita mahu mereka mematuhi, mendokong dan bersikap setia kepada perjuangan, semangat dan pendirian Parti BERSATU seperti yang dihasratkan dan termaktub di bawah Fasal 91 Perlembagaan Bersatu,” katanya lagi.
“Arahan-arahan yang saya hantar sebagai Setiausaha Agung diterima oleh semua ahli-ahli dan mereka akan kembalikan kepada kita mengikut arahan yang tercatat dalam surat yang saya hantar kepada mereka.
“Surat telah pun saya hantar melalui emel, kurier dan melalui tangan.
“Arahan yang kita berikan adalah supaya mereka tahu sebagai ahli parti mereka mempunyai tanggungjawab di bawah perlembagaan Bersatu, pertamanya untuk setia kepada parti dengan mendukung dasar dan matlamat parti khususnya yang termaktub dibawah Fasal 91,” katanya.
Pendaftar Pertubuhan )ROS) pada 1 April lalu meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.
Ini lanjutan dari Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berkaitan hal berkenaan.
Lima Ahli Parlimen Bersatu umum sokong Anwar pada tahun lalu manakala Ahli Parlimen Tanjong Karang pada Januari lalu.
Rashid yang merupakan ADUN tunggal yang berpaling tadah ambil langkah berkenaan pada awal Mac lalu dengan isytihar sokong Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari.- 17/5/2024