TERKINI : Lelaki serang balai polis Ulu Tiram bukan anggota Jemaah Islamiah…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah menjelaskan bahawa lelaki yang serang balai polis Ulu Tiram pagi Jumaat bukan ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI).
Bapa lelaki itu juga sudah tidak bergerak dalam JI cuma sudah lama ada dalam data PDRM kerana dulunya mengikuti ideoloji itu.
Katanya dia sudah menjalani program rehabilitasi dan deradikalisasi.
Razarudin kata polis masih lagi menyiasat motif suspek bertindak melakukan serangan tersebut.
Lelaki berusia 21 tahun itu maut ditembak dalam kejadian itu dimana dua anggota polis turut terbunuh.
Sebelum itu dalam sidang media pada sebelah pagi Sabtu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan polis mendapati suspek bertindak sendirian didorong motivasi dan kefahamannya sendiri.- 18/5/2024