YANG VIRAL

Kes masak di stesen minyak…4 orang kena denda RM500

Mahkamah Majistret di Bentong pada Selasa arah empat orang tertuduh kes memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu sehingga boleh membahayakan keselamatan diri orang lain membayar denda RM500.

Empat yang berkenaan ialah Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23.

Arahan denda itu dikenakan oleh Majistret Nadhratun Naeiem Zainan.

Semua mereka mengaku bersalah di mahkamah itu atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Perbuatan mereka yang merbahaya itu viral di media sosial dan ia telah mengundang kemarahan ramai pihak.

Semalam, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, 15 individu termasuk lima wanita berusia 23 hingga 28 tahun ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan selesai dirakamkan.- 21/5/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button