
Jimat RM4 bilion setahun menerusi penyasaran subsidi diesel yang akan dilaksana…
Penyasaran subsidi untuk bahan api diesel akan dilaksana dan sebagai permulaan ia hanya melibatkan kawasan semenanjung dan tidak diSabah dan Sarawak.
Langkah itu bakal jimat wang negara sekitar RM4 bilion setahun yang mana wang ini sebelumnya memberi manfaat kepada golongan mahakaya dan kira-kira 3.8 juta orang asing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang umum dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara bagaimanapu tidak sebut tarikh bila penyasaran subsidi diesel itu akan mula dilaksana.
“Pagi tadi Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api. Penyasaran subsidi akan dilaksanakan untuk bahan api diesel.
“Kita sedang bincang tindakan-tindakan berikutnya, berdasarkan pengalaman kita melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak.
“Sabah dan Sarawak menggunakan diesel hampir setiap keluarga menggunakan diesel untuk kenderaan, jadi kita menangguhkan sebarang tindakan yang akan membebankan rakyat terbanyak,” katanya.
Menurut Perdana Menteri pada masa sama bagi mengelakkan penyasaran ini membebankan para peniaga, satu garis panduan akan dibentuk yang mana mereka bakal menerima subsidi diesel mengikut ketetapan diperuntukkan.
“Bagi Semenanjung, bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan, kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada para peniaga yang menggunakan kenderaan komersial.
“Melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi.
“Maknanya pengusaha bas, teksi, nelayan akan terus dipelihara dengan subsidi atau bantuan untuk membantu mereka,” katanya.- 21/5/2024