Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Isu kontrak DRT: SPRM terima petunjuk baru – sumber - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Isu kontrak DRT: SPRM terima petunjuk baru – sumber

Isu kontrak DRT: SPRM terima petunjuk baru – sumber

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu penerimaan kontrak melibatkan suami kepada seorang menteri.

Sumber SPRM memaklumkan demikian susulan pihaknya menerima beberapa aduan baru berhubung kes suami seorang menteri yang dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor.

“Aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baru untuk diteliti, justeru siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baru tersebut.

“Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa aduan dan maklumat telah diterima berkenaan kes berkenaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat spekulasi serta membincangkan isu ini secara terbuka, sebaliknya memberi ruang untuk SPRM menjalankan siasatan,” kata beliau.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilapor berkata SPRM tidak menemui sebarang kesalahan dalam siasatan interim (awal) berhubung isu terbabit, bagaimanapun siasatan lanjut boleh dijalankan jika terdapat petunjuk baru. – Bernama- 1/6/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *