Thursday - 5, December 2024

Dulu 30 hari…kini pelancong Malaysia boleh tinggal di Thailand 60 hari

Share

Sebelum ini pelancong Malaysia cuma boleh tinggal di Thailand tanpa visa selama 30 hari.

Kini dibawah langkah terbaru…mulai hari ini 1 Jun tempoh berkenaan dipanjangkan kepada 60 hari.

Langkah kerajaan Thailand itu antara usaha Bangkok untuk meningkatkan industri pelancongan negara itu.

Dalam pada itu berkuatkuasa hari ini pelawat dari 93 negara termasuk Malaysia, boleh memasuki Thailand tanpa syarat visa untuk tinggal hingga 60 hari, meningkat berbanding 57 negara sebelum ini.

Sebagai tambahan, senarai negara yang layak mendapat visa ketibaan ditambah daripada 19 kepada 31.

Jurucakap kerajaan Thailand Chai Wacharonke yang umum demikian berkata Jemaah Menteri meluluskan beberapa langkah kemudahan visa untuk meningkatkan industri pelancongan termasuk pengecualian visa, meluaskan senarai visa ketibaan, dan memperkenalkan kategori baharu visa.

Thailand menerima kemasukan lebih 14.32 juta pelancong setakat hingga minggu lalu, dan menyasarkan untuk menarik sekurangnya 35 juta ketibaan pelancong tahun ini.

Bagi nomad digital yang mahu tinggal lebih lama dan bekerja secara jauh di Thailand, tempoh visa dilanjutkan dari 60 hari kepada lima tahun.

Antara langkah lain diperkenalkan adalah membenarkan pelajar asing universiti tinggal selama setahun selepas graduasi, melonggarkan syarat insurans untuk pesara warga asing yang tinggal lebih lama.-1/6/2024

Read more

khabar terbaru