FOKUS

Anak Hamzah Zainuddin berdepan tuduhan rasuah RM100,000 pula…

Muhammad Faisal Hamzah,anak kepada Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah.

Pada April tahun lalu beliau berdepan sembilan pertuduhan berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi di Mahkamah Sesyen Seremban dan mengaku tidak bersalah.

Pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula Faisal berdepan pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000.

Beliau mengaku tidak bersalah sejurus mendengar pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Rozina Ayub.

Muhammad Faisal, 40, didakwa menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid yang didakwa sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.

Kesalahan itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan diberi tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat dekat Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Susulan pengakuan tidak bersalah oleh Faisal, mahkamah kemudian membenarkanya dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.

Hakim turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah, sehingga kes selesai, selain menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Selain Setiausaha Agung Bersatu,Hamzah Zainuddin juga ialah Ahli Parlimen Larut dan Ketua Pembangkang di Parlimen serta Setiausaha Agung Perikatan Nasional.

Beliau juga bekas Menteri Dalam Negeri dan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.- 5/6/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button