Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Inilah tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini… - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Inilah tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini…

Inilah tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini…

Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini ialah “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang umumnya kata Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya untuk dua sambutan berkenaan.
.
Beliau menjelaskan pemilihan tema itu merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.

“Malaysia Madani merupakan tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama.

“Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif,” katanya.

Beliau beritahu demikian pada Majlis Pengumuman Logo dan Tema HKHM 2024 di Putrajaya Rabu.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin.- 5/6/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *