
Ustaz Don…sekejap ada…sekejap tiada…’direhatkan terus’ dari Salam Baitullah
Kontroversi Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai pengacara program ‘Salam Baitullah’ di TV1 sudah berakhir.
Beliau telah ‘direhatkan terus ‘ dari program berkenaan setelah sekali lagi cetuskan kontroversi pada siaran Khamis malam.
Tindakan itu diambil kerana beliau didakwa tidak mengikut setiap garis panduan yang diberikan.
Keputusan terbaru keatas uztaz selebriti itu dimaklum Pengarah Penyiaran Malaysia ,Suhaimi Sulaiman.
Ustaz Don mulanya ‘direhatkan’ pada 5 Jun kerana kontrovesi mengenai kisah Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW.
Beliau kemudian dibenar kembali bersiaran.
“Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” ciap Suhaimi di patform X petang ini.
“Kita tak terima dia untuk on air lagi. Untuk baki episod Salam Baitullah akan datang dia takkan ada dah,” katanya.
“Bila dah bagi peluang, dah consult authority dan ahli agama, dah remind apa yg boleh cakap dan apa yg tak boleh, kenalah pandai anticipate response from viewers.
Suhaimi berkata Ustaz Don sepatutnya mengikut setiap garis panduan yang diberikan.
“Kami dah beri peluang, dan berunding dengan pihak agamawan tapi dia tak ikut,”katanya.
Salam Baitullah merupakan sebuah rancangan RTM setiap kali musim Haji. Kali ini ia disiarkan sejak 2 Jun dan dijadual berlanjutan sehingga 17 Jun ini.- 14/6/2024
Ustaz Don kembali bersiaran di Salam Baitullah TV1
Setelah ‘direhatkan’ sebagai pengacara program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1 pada 5 Jun lalu…Ustaz Don Daniyal Don Biyajid kembali bersiaran Rabu malam.
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan Ustaz Don yang sebelum ini direhatkan susulan pertikaian terhadap perkongsian mengenai kisah Nabi Muhammad SAW, kembali mengemudi program itu.
Suhaimi menjelaskan, keputusan itu diambil selepas pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ustaz Don bagi membincangkan mengenai kontroversi tercetus.
Salam Baitullah adalah rancangan tonggak RTM yang bersiaran setiap kali musim haji kembali menemui penonton bermula 2 hingga 17 Jun ini.
Ustaz Don direhatkan daripada mengendalikan program berkenaan susulan pertikaian netizen membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan beliau ketika bersiaran di konti stesen radio hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.
Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai kenyataan Ustaz Don mengenai kisah Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW yang diragui.
Ustaz Don kemudian dipanggil JAKIM, baru-baru ini yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.- 12/6/2024
RTM bertindak keatas Ustaz Don…
Radio Television Malaysia (RTM) telah bertindak keatas Ustaz Don Daniyal ekoran kontroversi kritikan keatas dakwaan beliau mengenai kisah hidup Nabi Muhammad SAW.
Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman umum Ustaz Don akan ‘direhatkan’ dari bersiaran di program Salam Baitullah.
Ustaz Don,39 ialah perantara Salam Baitullah merupakan sebuah rancangan RTM setiap kali musim Haji. Kali ini ia disiarkan sejak 2 Jun dan dijadual berlanjutan sehingga 17 Jun ini.
Suhaimi tidak sebut berapa lama pendakwah terkenal itu akan direhatkan.
“Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah. Don’t ask me about what I think or feel. Numbed,” kata Suhaimi di laman sosial X, pada Selasa.
Isu berbangkit selepas Don Daniyal dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.
Dalam dakwaan dibuatnya semasa bersiaran di sebuah stesen radio, Ustaz Don mendakwa baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali.
Don Daniyal mendakwa Ummu Hani merupakan “cinta pertama” Rasulullah.
Walaupun ditegur oleh beberapa tokoh agamawan Ustaz Don bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat sebarang pembetulan.
Pada Selasa semalam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan mengenai isu berkenaan.
Antara lain pejabat itu berkata dakwaan Nabi MUhammad SAW melamar wanita terbabit tidak dapat diterima kerana berlaku kecatatan pada riwayatnya.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara yang berkait dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Hal yang demikian supaya kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mendustakan Baginda SAW,” kata kenyataan itu.- 5/6/2024