TAHUKAH ANDA

Ini dia calon PKR untuk pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap…

Seperti yang diramalkan PKR memilih bekas Pengarah Insitut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Joohari Ariffin, 60, sebagai calon Kerajaan Perpaduan untuk pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Pilihan Raya Perpaduan membuat pengumuman itu pada majlis pengumuman calon Perpaduan di Simpang Ampat, Nibong Tebal Rabu malam.

Joohari yang juga bekas guru itu dipilih kerana berpengalaman luas dalam bidang latihan kepimpinan dan pengurusan pentadbiran dalam pendidikan.

Selain itu, beliau juga yang berkhidmat sebagai Pengerusi Masjid Seri Empangan Parit Buntar, Perak aktif dalam kerja-kerja amal dan kemasyarakatan dikenali sebahagian ibu bapa dan pelajar, guru serta penjawat awam di sekitar DUN Sungai Bakap.

Sebelum ini, PKR menyenaraikan lima nama yang akan dipilih bagi mewakili itu antaranya bekas calon PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN ) lepas, Nurhidayah Che Rose dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap 2018-2023 merangkap Ketua Cabang PKR Nibong Tebal, Datuk Amar Pritpal Abdullah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandang, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu.

Pada pilihanraya negeri lalu, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.- 12/6/2024

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button