Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail akan menjadi ayam tambatan Perikatan Nasional dalam pilhanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap Pulau Pinang.
Beliau akan berentap dengan calon PKR Joohari Ariffin yang mewakili kerajaan perpaduan.
Abidin diumum sebagai calon oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramah di Seberang Perai, Pulau Pinang Sabtu malam.
Abidin juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Sungai Bakap.
Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Duri, malah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.
PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandang dari PN, Allahyarham Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu.
Pada pilihanraya negeri lalu, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.-16/6/2024