FOKUS

Pilihanraya kecil DUN Nenggiri,Kelantan 17 Ogos ini

Pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Nenggiri di Kelantan akan diadakan pada 17 Ogos ini.

Penamaan calon pula pada 3 Ogos.

Tarikh berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Sri Ramlan Harun pada Jumaat.

Pilihanraya kecil ini diadakan ekoran pengosongan kerusi DUN itu kerana wakil rakyatnya Mohd Azizi Abu Naim digugur keahlian dari parti Bersatu.

Mohd Azizi ialah salah seorang dari tujuh wakil rakyat Perikatan Nasional dari parti Bersatu yang berpaling tadah sokomng kerajaan.

Pada 19 Jun lalu Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Nenggiri kosong bermula pada hari tersebut selaras dengan Undang-Undang Tubuh negeri Kelantan.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injuksi Mohd Azizi bagi menangguhkan pengumuman tarikh PRK di DUN berkenaan.

Dia yang juga ahi parlimen Gua Musang memohon perintah sekatan sementara untuk mengekalkan status quo sementara menunggu keputusan tuntutan mahkamahnya mencabar kesahihan penamatan keahlian Bersatu.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menolak permohonan injunksi tersebut selepas mendengar hujahan Mohd Azizi selama lebih dua setengah jam.-28/6/2024

PRK Nenggiri: Mesyuarat khas SPR pada 28 Jun

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 28 Jun ini.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi satu kenyataan hari ini berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi N43 Nenggiri.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima pemakluman itu,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat khas itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.

Satu sidang media, katanya akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.

Terdahulu, Mohd Amar pada satu sidang media hari ini mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa hari ini.

Mohd Amar berkata keputusan dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Beliau berkata selain itu parti Bersatu pada 12 Jun lepas juga memaklumkan Mohd Azizi telah hilang keahlian, dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka pada kerusi berkenaan.

  • Bernama-19/6/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button