Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Tiada perbincangan jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan – Loke - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Tiada perbincangan jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan – Loke

Tiada perbincangan jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan – Loke

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menafikan dakwaan Pas akan dijemput menyertai Kerajaan Perpaduan.

Tegas Loke, perkara itu langsung tidak dibincangkan oleh pimpinan Kerajaan Perpaduan seperti mana didakwa segelintir pihak.

Menurut Loke, ramai yang tersalah tafsir kenyataan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil sehingga menimbulkan polemik tersebut.

“Tidak. Sebenarnya tak ada perbincangan soal Pas nak menyertai Kerajaan Perpaduan, mungkin saya rasa media telah salah erti apa yang dikatakan oleh Fahmi.

“Fahmi kata banyak perbincangan. Perbincangan itu antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

“Saya sendiri pun ada jumpa dengan pemimpin Pas, adakah saya jemput dia masuk Kerajaan Perpaduan?,” katanya memetik laporan Bernama.

Loke menambah, perjumpaan dengan pemimpin Pas bukan membincangkan soal hubungab politik.

Sebaliknya, jelas beliau, perbincangan itu tertumpu kepada hubungan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

“Tidak. Bukannya perbincangan pasal politik kita berjumpa, banyak perbincangan itu adalah bersifat G2G, iaitu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya.- 24/6/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *