TAHUKAH ANDA

Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baru

Setelah diketuai oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh selama empat tahun dari Ogos 2020 hingga 9 Mei lalu…Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini akan dipimpin oleh orang baru.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali pada Rabu mengumumkan perlantikan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Sri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi SPR yang baru, berkuat kuasa hari ini.

Katanya pelantikan Ramlan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ramlan Harun sebagai Pengerusi SPR.

“Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Jun 2024,” katanya menerusi kenyataan.

Ramlan, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).- 26/6/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button