Pelik…Muhyiddin tidak tahu Mustapha Mohamed tidak lagi ahli Bersatu

Datuk Seri Mustapha Mohamed sudah agak lama menyepi dan tidak kelihatan lagi dalam mana mana acara politik kebelakangan ini.
Namun ada kalangan pemerhati politik yang menilai agak pelik bin ajaib Pengerusi Perikatan Nasional {PN} yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu Mustapha tidak lagi ahli parti yang dipimpinnya.
Ini kerana bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal ekonomi itu dan bekas Ahli Parlimen Jeli adalah salah satu nama besar dalam arina politik negara.
Mereka hairan bagaimana Mustapha ambil Langkah keluar begitu saja tanpa maklum keputusannya kepada pimpinan Bersatu.
Mustapha sertai Bersatu pada 27 Oktober 2018 selepas umum keluar Umno pada 18 September tahun itu.
Ini berlaku selepas kekalahan teruk Barisan Nasional dalam pilihanraya umum Mei 2018.
Pada Jumaat selepas satu majlis di Nibong Tebal ,Muhyiddin beritahu wartawan beliau hanya tahu Mustapha tidak lagi ahli Bersatu menerusi laporan media.
Bagaimanapun, katanya beliau menghormati keputusan yang diambil bekas Ahli Parlimen Jeli itu dan secara peribadi masih menganggap Mustapa atau popular dipanggil sebagai Tok Pa sebagai sahabat.
“Saya baru dengar, saya pun baca berita yang dia tidak lagi menjadi ahli Bersatu, saya tak dapat berita apa sebab mungkin dia lepas saja dalam PRU lalu, dia tak nak bertanding lagi.
“Tapi tak apalah, Mustapa sahabat saya, saya harap walaupun begitu dia masih boleh dapat beri kerjasama seperti yang telah diberikan waktu beliau dalam Bersatu,” katanya
Muhyiddin turut percaya Mustapa tidak akan menjadi ahli mana-mana parti lain dan langkah beliau mengumumkan pengunduran sebagai ahli Bersatu berkemungkinan ingin membebaskan diri daripada terbabit dalam politik.-28/6/2024