YANG VIRAL

Himpunan ‘Rakyat Tolak Anwar’ bukti kerajaan hormati hak perhimpunan aman – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menilai himpunan ‘Rakyat Tolak Anwar’ yang diadakan dekat kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya pada Sabtu mengambarkan negara ini hormati hak perhimpunan aman untuk kritik kerajaan.

Katanya ia juga bukti bahawa setiap orang berpeluang menyuarakan pandangan tanpa gangguan.

“Kebebasan yang dinikmati hari ini adalah bukti kerajaan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendekatan Madani …peluang diberikan untuk menghormati hak setiap warganegara,”kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di satu majlis kempen pilihanraya kecil Sungai Bakap Sabtu malam sebagai mengulas himpunan yang disertai sekitar 200 orang itu.

Himpunan bermula pada kira-kira pukul lima petang itu diadakan di tempat letak kereta awam di luar Kompleks Seri Perdana.

Kebanyakan peserta berpakaian hitam.Merekan melaungkan pelbagai slogan, antaranya “reformasi”, “turun Anwar” dan “hidup rakyat”.

Ini adalah kali pertama himpunan seumpama ini diadakan sejak kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perintah negara selepas pilihanraya umum November 2022.

Mereka dipimpin oleh barisan aktivis politik dan pempengaruh media sosial, antaranya bekas pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, Tun Faisal, penyanyi Dayangku Intan dan Aidil.

Hadirin di himpunan itu bersurai kira-kira dua jam.Polis yang berkawal di kawasan itu cuma memantau saja.

Himpunan itu antara lain menuntut kerajaan menurunkan harga diesel, menangani isu kos sara hidup, meningkatkan memperbaiki keadaan kakitangan kesihatan awam dan memberikan peruntukan setara untuk semua wakil rakyat.

Jurucakap penganjur himpunan Aidil Yunus yang dikenali sebagai “YB Viral’ kata mereka mahu Anwar untuk membuat penambahbaikan dan menangani tuntutan mereka.

Katanya himpunan yang dibuat di depan kediaman rasmi Perdana Menteri itu adalah “surat amaran pertama” kepada Anwar.

Menurut Aidil himpunan pusingan pertama protes mereka bukan bertujuan menjatuhkan Anwar, tetapi ia boleh berubah jika Anwar tidak melakukan perubahan.

Aidil berkata pihaknya memberi tempoh 30 hari kepada kerajaan persekutuan untuk menjawab tuntutan mereka.

Jika tiada sebarang maklum balas, katanya, mereka akan menganjurkan lebih banyak protes dengan kawasan Parlimen Anwar, iaitu Tambun di Ipoh menjadi destinasi seterusnya.

“Ini kerana Tambun adalah kawasan Parlimen paling penting pada masa ini,” katanya.-30/6/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button