FOKUS

PN pertahan DUN Sungai Bakap dengan majoriti lebih besar

Drama pilihanraya kecil (PRK) kerusi dewan undangan negeri (DUN) kawasan Sungai Bakap di Pulau Pinang yang mencuri perhatian seluruh negara sudah berakhir.

Hajat Pakatan Harapan (PH) dengan bantuan rakan gabungan Barisan Nasional untuk patahkan dan sekat kemaraan ‘gelombang hijau’ Perikatan Nasional (PN) di wilayah Utara menerusi PRK ini tidak kesampaian.

Sebaliknya PN menerusi calonnya Abidin Ismail menang besar dalam PRK ini apabila beliau perolehi majoriti 4,267 undi menewaskan calon PH-BN Dr Johari Ariffin.

Abidin mendapat 14,489 undi manakala Joohari 10,222 undi.

Pada pilihanraya negeri Ogos tahun lalu calon PN Allahyarham Nor Zamri Latif menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

Sungai Bakap merupakan satu satunya dari tiga kerusi DUN dimenangi pembangkang dalam Kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Dua lagi DUN dalam Kawasan itu Jawi disandang oleh wakil DAP manakala Sungai Acheh wakil Umno.

Kawasan Parlimen Nibong Tebal pula sandang oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dari PKR.

PH telah menurunkan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomni untuk atur strategi segala macam dalam usaha untuk menawan Sungai Bakap.

Beliau berentap dengan Menteri Besar Kedah Datuk Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengarah Pilihanraya PN.

Peratusan keluar mengundi ialah 63.45 peratus menakala 208 kertas undi ditolak.

Berdasarkan statistik SPR terdapat seramai 39,279 pengundi berdaftar di DUN ini.

Mengikut komposisi kaum, pengundi Melayu terdiri daripada 59 peratus, diikuti Cina 22.5 peratus, India 17.4 peratus dan bangsa-bangsa lain satu peratus.

PRK ini diadakan ekoran kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Berdasarkan keputusan PH hanya memenangi satu daripada lapan daerah mengundi iaitu Puteri Gunong dengan meraih 3,952 undi, dengan kelebihan tipis 369 undi.

PN menguasai tujuh daerah mengundi dengan memenangi semua sembilan saluran mengundi di Sungai Duri dengan meraih 3,101 atau majoriti 2,056.- 6/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button