FOKUS

Kes 6 MP : Speaker Dewan Rakyat telah buat “khilaf” yang tidak boleh dicabar

Enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu yang kekal sebagai wakil rakyat nampaknya sudah boleh goyang kaki dan berpesta riang ria.

Kalau ikut tafsiran Ahli Parlimen PKR kawasan Pasir Gudang,Johor yang juga seorang peguam, Hassan Karim keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sukar dicabar.

Beliau yang awal awal lagi membantah keputusan speaker itu kekalkan status mereka sebagai wakil rakyat menilai parti Bersatu akan lalui jalan sukar jika bawa kes ini ke mahkamah.

Hassan berkata Johari telah buat “khilaf” yang tidak boleh dicabar.

Menurut Hassan ini kerana adanya Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan prosiding Dewan Rakyat tidak boleh dibawa ke mahkamah.

“Saya boleh tulis hujahan undang-undang yang lengkap seperti menyiapkan tesis PHD untuk menyatakan keputusan yang di-pertua itu khilaf, tetapi ia tidak ada kesan positif dari segi proses perundangan.

“Ini disebabkan keputusan yang di-pertua yang dibuat dalam prosiding Dewan Rakyat, walaupun khilaf, tidak boleh dicabar atau dibicarakan di mahkamah, seperti dinyatakan dalam Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak keistimewaan kepada Parlimen,” katanya lagi.

“Tetapi tidak rugi untuk mencuba. Mahkamah adalah benteng terakhir untuk rakyat mendapatkan keadilan,” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang itu dalam kenyataan pada Sabtu.

Selain itu katanya parti itu boleh adalah mengadakan protes di jalan raya seperti yang dicadangkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Malaysia sebuah negara demokrasi. Di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, dijamin hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun.

“Maka mereka boleh berhimpun, syaratnya aman, beri notis kepada polis. Jangan bawa senjata, jangan berhimpun di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Jika semua dipatuhi, maka berhimpunlah dengan aman, polis akan bantu sebagai pemudah cara. Jangan takut, gunakan hak anda sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi,” katanya.

Akhirnya jika kedua-duanya langkah gagal membuahkan hasil, Hassan berkata adalah membiarkan rakyat membuat pilihan dalam pilihanraya umum ke 16 nanti.

Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Ahli Parlimen Bukit Gantang,Perak , Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) ,Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar, Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).- 13/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button