Donald Trump cedera di telinga kena tembak waktu kempen pilihanraya Presiden Amerika…

Suasana kempen pemilihan Presiden Amerika di Butler, Pennsyvania, pada Sabtu gempar bila bekas Presiden Donald Trump cedera di telinga selepas terkena tembakan.
Tembakan itu dilepaskan ketika beliau sedang berucap diatas pentas pada kempen berkenaan.
Penembak yang melakukan serangan itu ditembak mati.
Selain itu seorang penyokong Trump turut terbunuh akibat terkena tembakan manakala dua lagi cedera parah.
Rakaman video yang disiarkan ketika kejadian menunjukkan pengawal peribadi beliau yang terdiri daripada anggota Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) bergegas membawa Trump turun dari pentas dengan bahagian tepi kepala dan telinga kanannya berdarah.
Trump dilihat mengangkat tangan kepada penyokong-penyokongnya sambil melaungkan sesuatu.
Seorang saksi Blake Marnell, 59 memberitahu wartawan, dia dapat melihat dengan jelas Trump berdarah.
‘’Trump sedang bercakap mengenai isu pendatang, tiba-tiba terdengar bunyi bising yang saya percaya bunyi tembakan selepas melihat tindakan anggota Perkhidmatan Rahsia yang bergegas melindungi Trump,’’ katanya.- 14/7/2024