
Pan-gon ucap selamat jalan kepada Harimau Malaya
Selepas dua tahun empat bulan mengemudi skuad Harimau Malaya…jurulatih asal Korea Selatan,Kim Pan-gon sah meletakkan jawatan.
Bercakap dalam sidang akhbar di Wisma FAM Selasa beliau memberitahu keputisan berkenaan adalah atas sebab peribadi.
“Sebab utama mengapa keputusan ini, saya tak dapat nak kongsikan. Sebab-sebab Presiden sahaja yang tahu dan beliau pastinya akan maklumkan kepada Exco FAM nanti.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak termasuk Kerajaan Malaysia dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh atas sokongan selama ini,” katanya.
Ujar Pan-gon, sepanjang tempoh berkenaan sudah banyak kejayaan dikecapi dan beliau mengakui puas membawa pasukan negara dengan melakar pelbagai kejayaan.
“Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua keputusan saya. Hari ini saya buat keputusan untuk meletak jawatan selaku jurulatih pasukan Malaysia atas sebab peribadi.
“Saya mohon maaf di atas keputusan ini. Sejak saya datang pada Februari 2022 untuk dua setengah tahun, semua peminat beri sokongan yang baik.
“Kita berkongsi kegembiraan layak ke Piala Asia buat pertama kali. Malah ranking negara juga melonjak tinggi.
“Keputusan seri dengan Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan di Piala Asia 2022 cukup membanggakan,” katanya.
Tempat Pan Gon bakal diisi pembantu jurulatih, Pau Marti Vicente sebagai pemangku ketua jurulatih dibantu seorang lagi pembantu jurulatih, E Elavarasan.- 16/7/2024