
17 Julai…bawa kenangan pada peristiwa pesawat MH17 ditembak peluru berpandu di Ukraine
17 Julai 2014…sudah 10 tahun berlalu peristiwa menyayat hati yang gemparkan dunia…pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) ditembak jatuh di kawasan konflik di timur Ukraine.
Ia berlaku tidak lama selepas pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.
Kejadian mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Mangsa adalah dari 17 negara termasuk 198 warga Belanda, 43 warga Malaysia, 38 dari Australia dan 10 dari United Kingdom.
Pada 17 November 2022, Mahkamah Daerah Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua bekas ejen perisikan Rusia Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy serta pemimpin pemisah Ukraine Leonid Kharchenko selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan menyebabkan nahas MH17.
Bagaimanapun, mahkamah membebaskan seorang lagi rakyat Rusia, Oleg Pulatov atas tuduhan sama.
Gambar diatas ialah kepulan asap dari bangkai pesawat MH17 yang berkecai di Timur Ukraine. – 17/7/2024