Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
KPN kata tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor polis pasal orang hilang… - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / KPN kata tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor polis pasal orang hilang…

KPN kata tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor polis pasal orang hilang…

Ini fakta sebenar.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah beri pencerahan mengenai isu orang hilang.

Beliau menjelaskan adalah satu mitos mengatakan laporan polis mengenai orang hilang hanya boleh dibuat selepas 24 jam.

“Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.

“Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,” katanya.

Razarudin sebaliknya menggalakkan orang ramai segera membuat laporan polis selepas sudah melakukan carian orang yang diyakini hilang serta gagal dihubungi.

Ia sebagai langkah awal mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Untuk rekod kebelakangan ini ramai pihak beranggapan laporan polis mentgenai orang hilang hanya boleh dibuat selepas tempoh 24 jam.

Ia seolah menjadi andaian popular sekalipun tidak ada pemakluman secara hitam putih mengenai hal berkenaan.- 18/7/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *