Apa sebenar maksud Khairy?

“Jadi tengoklah macam mana…” itu antara kata bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang pada Jumaat secara terbuka mengakui masih sayangkan Umno sekalipun dipecat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu menerima banyak permohonan bekas ahli yang ingin menyertainya semula.
Khairy bersama Tan Sri Noh Omar dipecat manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula digantung keahlian selama enam tahun oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 2023.
Turut sama digantung keahlian waktu itu ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan; Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua Umno Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dipecat atas dakwaan melakukan sabotaj parti pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Bercakap kepada wartawan pada sidang media khas penganjuran Larian Keluarga Malaysia 2024 (LKM 2024) di Kuala Lumpur yang turut disertai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah melihat dirinya meninggalkan Umno setelah diminta berbuat demikian.
“Saya (sekarang) tidak sertai mana-mana parti politik , saya tak anggap saya keluar daripada Umno, saya dipecat daripada Umno.
“Jadi orang yang kena pecat ini masih lagi sayang kepada parti lama sebab saya tak keluar…jadi tengoklah macam mana,” katanya.- 19/7/2023