Reman suspek kes bunuh Nur Farah disambung tujuh hari

Kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang jenazahnya selamat dikebumikan di Pekan Pahang Khamis lalu terus mencuri perhatian ramai.
Pagi Isnin suspek,seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal disambung reman selama tujuh hari lagi oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.
Suspek berusia 26 tahun itu memakai baju lokap berwarna jingga sambil diiringi anggota polis tiba di perkarangan mahkamah itu sekitar jam 9.03 pagi.
Dia ditahan ekoran penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang 15 Julai lepas.
Nur Farah berusia 25 tahun dan berasal dari Miri,Sarawak merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Tanjong Malim.- 22/7/2024