YANG VIRAL

Joe Biden tarik diri…sokong Kamala Harris tanding Presiden Amerika

Joe Biden tarik diri…sokong Kamala Harris tanding Presiden Amerika

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Ahad buat pengumuman mengejut tarik diri daripada pilihan raya Presiden Amerika.

Dalam kenyataan menerusi laman X beliau sebaliknya menyokong Naib Presidennya Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat untuk berentap dengan bekas Presiden Donald Trump dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 5 November ini.

Sementara itu, Harris dalam satu kenyataan berkata beliau berbesar hati menerima sokongan Biden dan hasratnya adalah untuk memperoleh dan memenangi pencalonan ini.

Trump menerima pencalonan presiden Republikan pada Khamis di Konvensyen Nasional Republikan (RNC) di Milwaukee, Wisconsin, di tengah-tengah desakan hebat agar Biden menarik diri daripada perlumbaan.

Kata Biden “walaupun saya berniat untuk bertanding semula, saya percaya adalah demi kepentingan parti dan negara untuk saya mengundurkan diri dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas sebagai Presiden bagi baki penggal saya,” kata Biden dalam satu kenyataan di platform X.

“Demokrat, sudah tiba masanya untuk bersatu dan mengalahkan Trump. Mari kita lakukan ini,” katanya.

Biden berkata beliau akan berucap kepada negara minggu ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai keputusannya tarik diri.- 22/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button