Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Ketua Menteri Pulau Pinang nafi anak Karpal Singh akan disingkir sebagai Timbalan Ketua Menteri II - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Ketua Menteri Pulau Pinang nafi anak Karpal Singh akan disingkir sebagai Timbalan Ketua Menteri II

Ketua Menteri Pulau Pinang nafi anak Karpal Singh akan disingkir sebagai Timbalan Ketua Menteri II

Entah kenapa tiba tiba ribut pasal kedudukan Jagdeep Singh Deo yakni anak kepada mendiang Karpal Singh dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Gara gara itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Selasa buat kenyataan pasal kedudukan Timbalan Ketua Menteri II itu.

Beliau menolak spekulasi Jagdeep Singh Deo akan disingkirkan sebagai Timbalan Ketua Menteri II selepas ADUN kawasan Datok Keramat itu mengambil cuti atas sebab kesihatan.

Katanya Jagdeep bertemu dengannya pada 19 Julai bagi memohon cuti sakit.

“Berhubung spekulasi bahawa akan berlakunya pertukaran jawatan yang disandang beliau (Jagdeep) kini, ia tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

“Saya dan juga seluruh jentera barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang mendoakan supaya Jagdeep cepat sembuh dan kembali bersama-sama meneruskan agenda pembangunan negeri Pulau Pinang demi kepentingan seluruh rakyat Pulau Pinang,” kata Chow dalam satu kenyataan.

Jagdeep semalam menafikan dakwaan yang dia diminta bercuti daripada tugasnya sebagai Exco.

Jagdeep sebaliknya berkata, dia sendiri memohon cuti bagi mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.

“”Saya kini berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan pandangan kedua mengenai (kecederaan) buku lali saya. Meskipun sudah dua tahun, nampaknya masalah itu semakin teruk.

“Anda boleh melihat saya berjalan terhincut-hincut dan kadang-kadang perlu dibantu oleh pegawai saya untuk naik ke pentas semasa acara,” katanya.- 23/7/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *