Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Harith Iskander – Jezamine Lim sah cerai pada Khamis…masih enggan dedah punca sebenar - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Harith Iskander – Jezamine Lim sah cerai pada Khamis…masih enggan dedah punca sebenar

Harith Iskander – Jezamine Lim sah cerai pada Khamis…masih enggan dedah punca sebenar

Setelah Dr. Jezamine Lim memfailkan permohonan cerai dari suaminya Pelawak, Harith Iskander di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 8 Julai lal mereka sah bercerai pada Khamis dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Apapun kedua mereka kekal gam mulut mengenai punca sebenar perceraian itu.

Harith atau nama penuhnya Harith Iskander Musa, 57, melafazkan cerai Jezamine,41 pada pukul 12.05 tengah hari di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali.

Mereka memilih untuk menjalankan perbicaraan secara tertutup atas alasan enggan berkongsi isu rumah tangga mereka kepada umum.

Ketika diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai punca penceraian, Jazemine menjelaskan agar perkara itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan dia telah memaafkan Harith.

“Harith telah mengakui kepada umum yang dia membuat kesilapan, namun saya rasa kita perlu hormati Harith kerana tidak mudah untuk seseorang mengakui silapnya.

“Jadi, apa pun puncanya, saya rasa ia bukan satu masalah dan ia tidak penting. Saya percaya kita ditempat yang baik, dan boleh memberikan ruang untuk kami menjadi orang yang lebih baik,” ujarnya.

Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.- 25/7/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *