TAHUKAH ANDA

Hadi keluar kenyataan untuk matikan spekulasi pasal calon PN PRK DUN Nenggiri…

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan untuk mematikan spekulasi negatif berhubung pemilihan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,Kelantan.

Beliau menegaskan PAS menyokong penuh pencalonan Mohd Rizwadi bagi mewakil PN.

Hadi menyifatkan menyifatkan beliau sebagai ‘calon terbaik’.

“Pemilihan individu bersesuaian suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam memilih calon, di samping kekuatan jentera pilihan raya yang menjadi sandaran,” katanya menerusi kenyataan.

Hadi berkata, berbekalkan disiplin ketenteraan dan proses pentarbiahan yang teruji, PAS merestui dan menaruh kepercayaan terhadap Rizwadi untuk menggalas tugas sebagai calon PN.

“Seterusnya menjadi wakil rakyat yang akan membela kebajikan dan kesejahteraan hidup seluruh warga Nenggiri.

Beberapa isu telah berbangkit ekoran pemilihan Rizwadi, 41, yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan bertanding sebagai calon Bersatu.

Antaranya isu menjadi panas apabila tersebar surat pemberhentian sebagai ahli PAS dipercayai milik Rizwadi.

Menerusi surat tersebar di aplikasi WhatsApp itu, tarikh pemberhentian Mohd Rizwadi sebagai ahli PAS adalah pada 28 Julai 2024.

Surat permohonan keluar dari parti itu dipercayai demi menjadi calon Bersatu pada PRK Nenggiri, 17 Ogos ini.

Sebelum beliau dipilih dua nama yang hangat disebut-sebut untuk jadi calon ialah Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad.

Sakalipun jadi calon PN namun beliau menggunakan logo PAS pada PRK berkenaan 17 Ogos ini.

Barisan Nasional (BN) Kelantan mengumumkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon PRK itu.- 2/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button