Tiada yang kacau daun…BN berentap dengan PN di Nenggiri

Seperti yang diduga tiada calon bebas atau parti lain yang mahu mencelah kacau daun di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini.
Ia sepenuhnya akan jadi gelanggang dua gabungan yakni kerajaan perpaduan BN-PH berentap dengan PAS-Bersatu dari untuk Perikatan Nasional di kawasan pedalaman Gua Musang di Kelantan.
Semasa penamaan calon yang diadakan di di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang pagi Sabtu hanya calon dari dua gabungan itu saja yang tampil.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan ,Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menjadi taruhan BN-PH untuk merampas balik kerusi DUN berkenaan.

PAS pula mempertaruhkan bekas Timbalan Ketua Pemuda Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail, 41 yang kini ahli Bersatu.
Menurut daftar pemilih, sejumlah 20,259 pengundi layak untuk mengundi dalam PRK ini – merangkumi 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi Abu Naim yang mewakili PN menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.
Keahlian Mohd Naim sebagai ahli Bersatu gugur kerana umum sokong blok kerajaan perpaduan menyebabkan kerusi DUN kosong dan PRK perlu diadakan.

DUN Nenggiri diwujudkan sejak PRU11 pada 2004, dengan BN menang sebanyak empat kali.
Ini merupakan PRK kesembilan sejak PRU lalu.- 3/8/2024
