TAHUKAH ANDA

Hamzah gambarkan pertikaian PAS-Gerakan sudah beres

Kocakan air dalam cawan itu biasa dalam hal ehwal keluarga.
Semuanya telah selesai menerusi musyawarah adik-beradik.

Itulah kata kata yang ditulis Setiausaha Agung Parikatan Nasional( PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi laman facebooknya petang Sabtu.

Ia tertera pada sekeping gambar beliau bersama pimpinan PN sedang berbual dipercayai di Gua Musang.

Mereka berada di Gua Musang untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN,Nenggiri.

Kelihatan dalam gambar itu ialah Presiden Gerakan Dominic Lau,Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Setiausaha Agung PAS Datuk Takjiyuddin Hassan dan Timbalan Presiden Bersatu Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu

Hamzah dipercayai membuat hantaran itu untuk memberitauhu pertikaian antara PAS dan Gerakan yang hangat baru baru ini berhubung isu dana dari syarikat berkaitan arak untuk sekolah Cina sudah selesai.

PAS dan Gerakan menyuarakan pandangan berbeza sehingga mendorong beberapa pemimpin PAS secara terbuka mengkritik Gerakan, bahkan mempersilakan parti itu jika mereka mahu keluar PN.

Malah beberapa pemimpin dan media PAS menyelar Gerakan dengan menganggap parti berkenaan “senada dengan DAP”.- 3/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button