Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
PM arah semua projek perumahan baru di Wilayah Persekutuan wajib ada blok Madani atau mampu milik - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / PM arah semua projek perumahan baru di Wilayah Persekutuan wajib ada blok Madani atau mampu milik

PM arah semua projek perumahan baru di Wilayah Persekutuan wajib ada blok Madani atau mampu milik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua projek perumahan baru di Wilayah Persekutuan menyediakan blok perumahan Madani atau mampu milik untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki rumah.

Beliau beri arahan itu kepada Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani di Bandar Sri Permaisuri di Kuala Lumpur pada Selasa.

Katanya berkata perkara itu merupakan syarat penting yang ditetapkan bagi memastikan projek perumahan baharu dapat diluluskan, sekali gus memanfaatkan rakyat.

“Syaratnya mesti ada satu atau dua blok rumah Madani untuk rakyat memanfaatkan… kerana perumahan Madani untuk menyantuni kepentingan bukan sahaja penjawatan awam, tetapi kelompok B40 dan M40 yang lebih susah.

“Orang kaya, buatlah rumah banyak mana pun berapa puluh juta pun buatlah, saya tak peduli…tetapi rakyat yang lain harus dibantu, sebab itu mengapa jentera kerajaan harus dikerahkan supaya menyelesaikan masalah perumahan yang sangat rumit. Saya lihat senarai 60,000 orang menunggu untuk dapat rumah bandar raya,” katanya.

Anwar berkata syarat tersebut merupakan satu ketegasan kerajaan hari ini, kerana mengambil kira projek perumahan terdahulu yang tidak menekankan kepentingan rumah mampu milik untuk rakyat.

“Sebab itu saya kata kalau tegas pimpinannya, tegas penjawat awam, banyak boleh selesai kerana kalau tak tegas, dia dapat setengah juta, dia tutup kes sebab itu dulu – tiada penekanan seperti hari ini.

“Blok ratio, syarat hijau, taman, tapak sekolah, itu semua ‘tersakau’ kerana tidak memikirkan soal rakyat,” katanya. – 6/8/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *