Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
‘Tidak benar’ spekulasi rombakan besar pegawai tinggi polis… - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / ‘Tidak benar’ spekulasi rombakan besar pegawai tinggi polis…

‘Tidak benar’ spekulasi rombakan besar pegawai tinggi polis…

Spekulasi kononnya akan berlaku rombakan besar melibatkan pegawai kanan polis telah menjadi hangat kerana ia didakwa melibatkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Namun Ketua Polis Negara Razarudin Husain menerusi satu kenyataan pada Selasa kata spekulasi berkenaan adalah ‘tidak benar’.

Menurutnya polis telah mengesan laporan portal dalam talian yang memetik sumber yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai “rancangan dalaman” Bukit Aman dengan beberapa pegawai kanan dijangka dipindahkan keluar dari agensi itu.

“PDRM ingin menegaskan, tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan.

“PDRM telah menghubungi pihak portal berkenaan, namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita itu.

Spekulasi yang dilaporkan itu mendakwa beberapa pegawai kanan dijangka dipindahkan keluar dari PDRM untuk mengetuai agensi tertentu.- 6/8/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *