Sunday - 8, June 2025

Nazri Aziz jelaskan pendirian sekalipun sudah masuk Muafakat Nasional

Share

Kalangan mereka yang kenal stail Datuk Seri Nazri Aziz tidak hairan kalau dengar beliau ada buat hal yang ‘lain macam’ sikit.

Ada orang politik mungkin gelabah takut takut tetapi tidak dengan bekas menteri yang kini Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Mungkin ada yang tidak tahu bekas Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas dan bekas Ahli Parlimen kawasan itu sudah masuk Muafakat Nasional.

Bagi setengah orang ia mungkin agak sensitif kerana semua orang tahu Muafakat Nasional ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu pula sudah masuk PAS dan kini pegang jawatan Timbalan Pengarah Pilihanraya pusat parti itu.

Muafakat Nasional ialah nama yang pernah digunakan untuk gabungan kerjasama PAS dan UMNO pada 2019.

Status Nazri menjadi perbincangan selepas Annuar Selasa malam tadi memuat naik gambar mereka di Facebook yang menyatakan terima kasih kepada sokongan Nazri.

Dalam posting itu Annuar tulis …..” Terima kaseh Chief TYT DATO SRI NAZRI TAN SRI AZIZ kerana ajak saya dan belanja saya makan hari ini.


Terima kaseh juga kerana menjadi ahli MN dan memberi dokongan kuat kepada NGO MUAFAKAT NASIONAL.


MN kekal sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan(NGO)dan keanggotaannya terbuka kepada semua dan merentasi kepartian,kaum,agama dan budaya MN mengutamakan nilai kesedehanaan dan kasih sayang(LOVE),Perpaduan(UNITY)yg bertunjangkan perpaduan peribumi(Melayu dan kaum Bumiputera) serta saling menghormati (RESPECT)dlm konteks masyarakat berbilang bangsa.


Much Appreciated Chief”.

Malaysiakini pada Rabu melaporkan Nazri menjarakkan dirinya daripada pendirian politik pengerusi Muafakat Nasional (MN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Katanya beliau tetap anggota UMNO walaupun sudah lama menyokong Muafakat Nasional yang dipimpin Annuar selepas dipecat daripada parti itu pada 2022.

“Muafakat Nasional adalah NGO. Saya faham apa yang Annuar Musa buat.

“Annuar Musa anggota PAS. Dia boleh buat hal dia, saya buat hal saya. Muafakat Nasional tidak terlibat dalam politik,” kata Nazri.

“Muafakat Nasional sudah diterima oleh kedua-dua pihak, anggota UMNO dan PAS.

“ Orang kata Muafakat Nasional hanya fokus pada perpaduan Melayu, tetapi ia tidak menekan orang bukan Melayu,” kata Nazri.- 7/8/2024

Read more

khabar terbaru