YANG VIRAL

Shah Firdaus nyaris raih pingat gangsa…

Harapan yang diletakan pada pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbaju hitam) untuk merangkul satu pingat yang berprestij untuk negara di Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai.

Ini setelah pelumba berusia 28 tahun itu asalnya dapat tempat ke empat dalam perlumbaan final di Velodrom Saint Quentin en Yvelines itu.

Pada acara itu emas dirangkul oleh Harrie Lavreysyen (Belanda) manakala perak milik Matthew Richardson (Australia) dan gangsa Matthew Glaetzer (Australia).

Dalam perlumbaan yang mendebarkan itu Shah Firdaus asalnya hampir-hampir untuk meraih gangsa.

Namun nasib tidak menyebelahinya bila terbabit dengan kemalangan bersama Jack Carlin (Great Britain) dan Shinji Nakano (Jepun) ketika dihujung perlumbaan.

Perhatian bertumpu kepada Shah Firdaus, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022, selepas rakan sepasukan yang juga seniornya, Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat meneruskan saingan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan yang lebih mengecewakan ialah Muhamad Shah Firdaus disingkirkan pada final acara keirin lelaki itu meskipun menamatkan cabaran di kedudukan keempat.

Keputusan pada mulanya menunjukkan dia menamatkan saingan pada kedudukan keempat tetapi keputusan itu tiba-tiba berubah kepada disingkirkan (relegated) oleh laman sesawang rasmi temasya itu, menjadikan dia tercampak ke kedudukan keenam. – 11/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button