FOKUS

SPRM ‘tarik hand brake’…Mirzan dan Mokhzani wajib isytihar harta pertengahan September ini

Setelah diberi lanjutan demi lanjutan sejak Januari tahun ini kepada Mirzan dan adiknya Tan Sri Mokhzani Mahathir untuk isytihar harta mereka…akhirnya pihak SPRM sudah ‘tarik hand brake’.

Keputusan sudah dibuat kedua anak Tun Dr Mahathir Mohamad ini wajib isytihar harta mereka selewatnya akhir September ini.

Jika gagal Mirzan dan Mokhzani yang merupakan tokoh korprat terkemuka akan berdepan dengan tindakan undang undang.

“Itu keputusan akhir. Jika mereka gagal patuh, SPRM akan mengambil tindakan undang-undang,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Menurut beliau peguam mereka sedang berhubungan dengan pegawai penyiasat SPRM berhubung tempoh pengisytiharan aset.

“Kami sudah menetapkan tarikh akhir untuk mereka mengisytiharkan harta mereka. Kami telah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu,” katanya.

SPRM pada 18 Januari telah serah notis notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009, kepada Mirzan dan Mokhzani menghendaki mereka mengisytiharkan semua aset milik mereka.

Pada bulan berikutnya, mereka mengeluarkan kenyataan media yang memohon kesabaran dan pemahaman untuk mengumpulkan semua maklumat berkenaan melibatkan tempoh selama 43 tahun sejak Dr Mahathir jadi Perdana Menteri.

Pada 24 Mei lalu, Mirzan dan Mokhzani dilaporkan memohon kepada SPRM untuk melanjutkan tarikh akhir untuk kedua-dua mereka mengisytiharkan harta masing-masing selepas diberikan lanjutan sebelum ini.- 14/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button