Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Pilihanraya kecil DUN Mahkota Johor pada 28 September… - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Pilihanraya kecil DUN Mahkota Johor pada 28 September…

Pilihanraya kecil DUN Mahkota Johor pada 28 September…

Pilihanraya kecil (PRK) DUN Mahkota yang merupakan PRK kesepuluh diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 akan berlangsung pada 28 September ini.

Penamaan calon pula akan diadakan pada 14 September.

Ia dimaklum oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Sri Ramlan Harun pada sidang akhbar di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya Rabu.

Kerusi DUN Mahkota di Johor kosong berikutan kematian penyandangnya daripada UMNO, Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.

Pada pilihan raya negeri Johor 2022, Sharifah, yang mewakili BN, memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,166, menewaskan lawannya dalam perebutan empat penjuru.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK DUN Mahkota adalah sebanyak 66,318 orang terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 401 anggota polis, 4,510 anggota tentera dan pasangan, serta 10 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi yang digunakan bagi PRK DUN Mahkota ialah Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.

Sekalipun DUN Mahkota dimenangi calon UMNO tetapi menjelang PRK ini Amanah Kluang juga menuntut untuk bertanding di kerusi itu.

Presiden Amanah Mohamad Sabu semalam berkata keputusan meletakkan calon bertanding di kerusi Mahkota akan dibuat oleh pemimpin parti di peringkat nasional

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pula berpendirian Pakatan Harapan (PH) akan mematuhi prinsip “penyandang” iaitu parti yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya sebelumnya akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil itu.- 13/8/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *