FOKUS

PM umum berita gembira untuk penjawat awam…

Hari yang ditunggu sudah tiba…Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam yang melibatkan kenaikan pendapatan mereka.

Kumpulan pelaksana mendapat pelarasan gaji sebanyak 15 peratus manakala untuk pengurusan tertinggi sebanyak tujuh peratus.

Perdana Menteri mengumumkan demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Putrajaya.

Katanya kerajaan perlu belanja sekitar RM10 billion setahun untuk menumpung pelarasan gaji kedua kumpulan ini.

Perdana Menteri berkata, pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini.

“Fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2025 dan kita melaksanakannya secara berfasa kerana kekangan dan mahu mengelakkan inflasi,” katanya.

Beliau memberitahu pelarasan gaji bagi Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak lapan peratus bagi fasa 1 dan tujuh peratus bagi fasa 2.

Manakala bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, jelas beliau, pelarasan gaji adalah sebanyak empat peratus bagi fasa 1 dan tiga peratus bagi fasa 2. – 16/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button