Nasib baik ada pilihanraya kecil Nenggiri…kalau tidak mungkin belum dapat merasa

Siapa saja boleh termenung sejak mengenang betapa peritnya nasib sekitar 30,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,Gua Musang,Kelantan yang sangat mengharapkan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam kehidupan mereka.
Di tempat tempat lain dimana ada bersepah mesin ATM ia mungkin dianggap sebagai suatu kemudahan yang wajib ada dalam negara yang serba moden ini.
Namun sudah sekian lama mesin ATM menjadi impian orang Nenggiri di pedalaman Kelantan itu yang terpaksa melalui segala macam penat lelah untuk jumpa alat itu.
Gambaran keperitan itu dapat dirasai menerusi satu interbiu sebuah media dengan seorang penduduk di Kampung Lu’lut, Kuala Sungai.
Dia kena naik bot kemudian keretapi seterusnya kereta sewa untuk sampai.
Katanya untuk ke ATM langkah mula yang perlu penduduk situ buat ialah menaiki bot menyeberangi Sungai Nenggiri selama 30 minit.
“Kemudian mereka perlu menaiki kereta api dari Bertam Baru ke bandar Gua Musang selama sejam pula.
“Sampai di sana mereka perlu menaiki kereta sewa pula ke bandar utama Gua Musang untuk mendapatkan ATM. Bayangkan kalau wang yang ingin dikeluarkan hanya RM100 atau RM200 sahaja, dengan masa yang telah diluangkan, kos pengangkutan,” katanya.
Ini baru cerita seorang penduduk sebuah kampong….kita mungkin boleh kutip pelbagai kisah lain dikalangan penduduk tempat tempat lain di Nenggiri.
Susah payah ini bukan hal baru tetpai sudah bertahun tahun dihadapi orang di Nenggiri.
Ini belum masuk kisah ketiadaan stesyen minyak.
Gara gara isu ketiadaan ATM dan stesyen minyak menjadi salah satu isu hangat dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) di Nenggiri yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini….impian penduduk tercapai.
Sejak semalam,Rabu sebuah mesin ATM dipasang di sebuah pasar mini di Kampung Jerek.
Mesin ATM itu dipasang lima hari selepas ia disuarakan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang berjanji untuk mengusahakan perkhidmatan berkenaan kepada orang ramai.
Kalangan penduduk berharap selain mesin pengeluaran wang,selepas ini akan diletakkan pula mesin bagi tujuan deposit tunai.-15/8/2024