YANG VIRAL

40 rakyat Palestin cedera tiba untuk dirawat di hospital Malaysia

40 rakyat Palestin cedera tiba untuk dirawat di hospital Malaysia

Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan mendarat di Pengakalan Udara Subang pada 2 petang Jumaat.

Mereka yang sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir, mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kecederaan tulang dan melecur.

Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Nasr kata mereka akan menerima rawatan di hospital-hospital yang ditetapkan oleh Malaysia.

Nasr berkata pemilihan 40 warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah usaha yang diselaraskan melibatkan pelbagai pihak yang bekerjasama untuk memenuhi permintaan Anwar,” katanya sambil memberi jaminan komitmen untuk meneruskan usaha mereka dengan kerjasama Malaysia.

Pada 4 Ogos lepas, Anwar mengumumkan Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia.

Menurut laporan media, hampir 40,000 warga Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan lebih 92,000 lagi cedera.

Menurut Nasr, Mesir kini menempatkan lebih 70,000 warga Palestin di 40 hospital.

Beliau memberi jaminan Mesir akan terus memberi sokongan terhadap sebarang permintaan masa depan dari Malaysia.

“Kami akan meneruskan bantuan ini, apa sahaja yang diminta oleh Malaysia pada masa hadapan,” katanya.- 15/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button