TAHUKAH ANDA

Puisi Najib dari penjara…

Bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak melakar puisi yang tidak tanpa tajuk di laman facebooknya pada Jumaat.

Ia seolah luahan perasaan beliau di sebalik tirai besi yang sudah masuk hari ke 731.

Dari lakaran kata katanya ia seolah beliau menyuarakan satu harapan.

Kebetulan hari ini adalah hari pertama Perhimpunan Agung UMNO.

731 hari tiba dan telah berlalu pergi.
Hari bersilih ganti, minggu demi minggu.
Kini sudah 731 hari.
Dari senja ke subuh.
Dalam kegelapan, kesepian.
Menanti sinar cahaya pertama di luar jendela.
Diterangi doa, ibadat dan zikir mu Ya Allah.
Merenung bertanya.
Apakah benar dunia ini ada keadilan?
Apakah benar dunia ini ada belas kasihan?
Bila?
Bila?
Bila?
Harapan demi harapan.
Janji demi janji.
Tetapi apakah nilainya?
Berkata kepada diri.
Di setiap kegelapan pasti ada terang cahayanya.
Di setiap doa selalu akan ada jawapannya.
Di setiap kesusahan Insya-Allah akan dipermudahkan.
Menanti.
Terus menanti dan berdoa.

  • 23/8/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button