Chow angkat ‘bendera putih’…

Setelah 25 tahun menjadi Pengerusi DAP negeri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow buat keputusan tidak akan pertahankan jawatan itu pada pemilihan 22 September ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu umum demikian dalam sidang akhbar Rabu.
Menurut Chow beliau telah menerima surat pencalonan untuk jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang dari ibupejabat DAP pada 27 Ogos namun telah menolaknya.
Setakat ini belum ada kepastian samamada beliau akan kekal menjadi Ketua Menteri sehingga habis penggal kali ini.
Namun Chow menjelaskan bahawa perkembangan ini bertepatan dengan rancangan peralihan kuasa bagi perlantikan Pengerusi DAP baru dan jawatankuasanya masa pemilihan kali ini.
Katanya ekoran dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas pilihanraya negeri pada 2023,Setiausaha Agung DAP Anthony Loke telah memintanya aturkan pelan peralihan kuasa.-4/9/2024