FOKUS

MB Kedah sahkan kahwin dengan anggota polis…isteri pertama pinangkan

“Saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi,” itu kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara bergurau apabila mengesahkan kepada media pada Rabu beliau sudah berpoligami dengan seorang anggota polis baru baru ini.

Katanya majlis perkahwinan dengan isteri keduanya itu lancar hasil usaha yang diambil isteri pertamanya.

“Saya (nak maklumkan saya sudah) kahwin dengan polis, isteri saya pergi meminang… pinangan itu dibuat oleh isteri saya, berbulan (bulan) dahulu.

“Alhamdulillah (majlis berlangsung dengan) sempurna, teratur dan beres.

“(Pada) hari pinangan (dan) hari perkahwinan, isteri (pertama) saya ada (bersama), anak-anak saya (juga) hadir, semua proses yang kena buat untuk (perkahwinan) itu semua dipatuhi, jadi tidak ada isu,” katanya ditemui media di Kuala Nerang.

Wanita berkenaan ialah seorang ibu tunggal anak satu.

Dia adalah kawan dan mengaji di kuliah yang sama dengan isterinya.

Menurut Sanusi mereka juga tidak bercinta sebelum kahwin.

Menteri Besar itu menjelaskan sebelum ini ketika spekulasi berlegar hangat mengenai perkahwinannya ,beliau enggan beri sebarang komen kerana tidak mahu ia disensasikan.

Bagaimanapun, kata Sanusi, selepas berasa “kasihan” melihat wartawan mencari pengesahan, beliau akhirnya membuka mulut untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

“Jadi (apabila) hangpa ligan (kejar), saya pun kesian tengok hangpa, saya pun maklum (hari ini).- 4/9/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button